Tuesday, May 8, 2012

Holiday's Kuala Terengganu

         Salam, lama juga tak update blog. bersarang dah haaa. Pada 4-6Mei sy pergi bercuti ke Kuala Terengganu. punya lah exited ! satu benda pun tiada yang tertinggal steady tak ? huhu. pukul 10pm bertolak dari Kuala Lumpur. seronok sangat-sangat and tak sabar. Banyak betul berhenti R&R nak buang air lah, makan lah blablabla. okay fine Kuala Terengganu sangat jauh ! sampai dalam hati cakap tak nak cari bakal suami orang jauh tak sanggup den. huhu. satu lagi saya tak suka duduk dalam kereta lama-lam pening. tepat pukul 6.am sampai terengganu dan berjemaah subuh di masjid kristal. lepas subuh dengar tazkirah. lepas tu bersiap. Alhamdulillah selamat sampai. tempat pertama dituju ialah kedai makan sebab nak breakfast sangat lapar. lepas tu pergi melawat ke taman tamadun islam. kat situ kita dapat melawat masjid-masjid yang menjadi kebanggaan dunia. naik kereta api. huhu.

          kemudian bertolak ke pasar payang. macam-macam beli. sempat beli baju, souvenier untuk teman-teman rapat, makanan ringan dan patung penyu besar ! untuk yang tersayang :') kita shopping guna duit abang kita bagi. My mommy shopping sakan ! beli baju, keropok kering, kain batik and macam-macam lagi. memang seronok. lepas tu tapau makanan makan dalam hotel. makanan kat sini sedap dan murah. beli nasi ayam dan laksam marvelous !  penat sangat-sangat lepas zuhur terus tertidur. lepas maghrib nak keluar balik. Aktiviti malam pulak pergi dinner kat Pantai Burok seafood. ok makanan dye sangat sedap dan murah. lepas tu kan ada pula segerombolan pemain bola yang berhenti makan kat situ malu siot, nak menganga depan dieorg. minat sorg mamat ni hensem ! ala-ala zaquan adha gitu. segan sangat2 ! lepastu ingat nak lepak tepi pantai tapi perut kenyang so tak jadi. terengganu ni banyak sangat pantai if u want to know. last-last pergi pasar malam tepi pantai. kebetulan ada konsert candat sotong harian metro ada black, ana rafali and ramai lagi. sempat membeli belah.

           Hari ni hari terakhir kat kuala terengganu sedih :( lepas subuh dan bersiap checkout. macam biasa pergi breakfast. lepas tu pergi lesong keropok lekor. borong kepok. seterusnya pergi ke masjid terapung. pastu pergi Nur Arfa Batik. sempat borong baju. lepas tu makan tengahari kat restoran terapung. lepas tu ke marang borong satar paling sedap ! lepas tu dalam pukul 6petang bertolak balik Kuala Lumpur. Pukul 12malam sampai KL alhamdulillah selamat pergi dan balik :') enjoys sangat-sangat dan nak pergi lagi..

Masjid Kristal

Dari sudut jauh

100 % Gold

Insya Allah one day :') *tangan saya

Shopping

maqam

Taj Mahal

Salah  satu monumen 

Masjid terapung
Pasar Payang

Keropok lesong

samurai

Masjid seakan gereja

masjid seakan tokong

monumen 

Thats Me



No comments:

Post a Comment